Pada 14 November yang lepas,kampung kami,Kampung Serayan Ulu telah menyertai' Karnival Sepakat Bestari' bertempat di Komplek Sukan Lundu.Karnival ini adalah anjuran Kementerian Penerangan untuk kampung-kampung yang mendapat 'status' Komuniti Bestari iaitu Kampung Stunggang,Kampung Tanah Hitam Sematan dan Kampung Serayan Ulu.Untuk makluman,hanya dua buah kampung sahaja yang di pilih untuk setiap kawasan DUN,untuk mendapat status dan kemudahan Komuniti Bestari ini,dan di Sarawak,terdapat sebanyak 144 buah kampung komuniti bestari.
Ini adalah aktiviti pertama,senamrobik.Senaman yang mengikut rentak muzik dan lagu-lagu yang bertempo rancak, sederhana,dan adakalanya di selang- seli dengan rentak lagu Bollywood dan dangdut.(yang mana tidak begitu saya gemari..hehehe :)
Ini adalah acara sukaneka yang pertama,bowling buah kelapa,dengan sepuluh pin(botol minuman). Ini giliran saya membaling dengan penuh semangat,tapiii.. balingan gagal mengenai sasaran..hehehe...Kami mendapat tempat kedua untuk acara ini,terima kasih kepada peserta lawan yang menjatuhkan pin kami.
Inilah acara memukul gong(sebenarnya tin).Untuk acara ini,peserta akan di tutup mata dan berjalan ke arah tin dan memukul tin itu.Untuk acara ini,kami berada di kedudukan terakhir.
Ini adalah acara menganyam ketupat.Kampung kami disertai oleh peserta tunggal lelaki,iaitu saudara Dotorung Suntu.Untuk Sekali lagi, kami berada di kedudukan terakhir untuk acara ini.
Ini adalah acara pertandingan nyanyian karaoke.Kampung kami di sertai oleh tiga orang peserta,iaitu En.Butan,Pn.Mageret Meri dan Pn.Linda Abdullah.Malangnya,ketiga-tiga wakil kami ini cuma layak mendapat hadiah saguhati...hehehe..
Acara-acara lain yang di pertandingkan adalah mewarna untuk kanak-kanak,puzzle,musical chair dan baling bom(belon yang di isi air),satu-satunya acara yang kami mendapat johan.
Karnival ini tamat pada jam 12 tgh hari.Untuk acara keseluruhan,kampung kami mendapat tempat ketiga,menurun daripada johan keseluruhan pada tahun lepas.Bagi saya,karnival ini telah memenuhi objektifnya,untuk mengeratkan hubunga di antara komuniti-komuniti bestari di Daerah Lundu dan Sematan,menuju ke arah satu Malaysia.