Baja, kebiasaannya 1kg,ditabur sekali gus, atau selang 3bulan(600g pertama, 400g kedua).Harga semasa baja=rm2.70/kg.
Racun serangga purata rm1,00,racun rumpai rm1.00.
Jadi, kesemuanya rm4 untuk sebatang pokok. Belum lagi dikira gaji, yg kebiasaannya rm30 sehari(area Lundu-Sematan). Selalunya, waktu memetik buah, mereka akan dapat sebanyak dua guni baja untuk sehari, yang kebiasaan hasil bersihnya yang sudah kering adalah antara 7-8kg untuk seguni baja, bersamaan dengan purata 15kg sehari. Ambil kira harga semasa, rm16/kg utk lada hitam, jadinya rm240-rm30=rm210 untuk hasil dari seorang pekerja, tidak termasuk upah memproses.
Jadi, anda dapat mengira sendiri akan had harga pasaran lada sama ada merugikan atau menguntungkan untuk diusahakan.
Apa yang saya catatkan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Mungkin cara saya dengan penanam yang lain berbeza.
Shalom. 'Pertanian adalah perniagaan'.