September 27, 2009

Berani gagal

Biar berliku,bermacam halangan...kita akan terus ke depan...sama ada melalui jalan yang kita suka atau tidak....

BERANI GAGAL
Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang gagal
Ia hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi
Kegagalan bukanlah bermakna anda belum mencapai apa-apa
Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu

Kegagalan bukanlah bermakna anda bodoh kerana mencuba,
Ia bererti anda berani,anda berhati teguh,bersemangat waja..
berbanggalah dengan diri anda...

kegagalan bukanlah bermakna anda tidak akan berjaya
Ia hanyalah bermakna anda memerlukan sedikit lagi masa
Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang
Ia hanyalah bermakna anda berpeluang untuk bermula semula,
Mencuba sesuatu yang baru

Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda,
Ia hanyalah bermakna Ia mempunyai rancangan yang lebih baik ..
Jadi benarlah,kegagalan itu tidak pernah muktamad...

......DR Robert Scheiller.

No comments: