March 24, 2010

'Ramey'..


Bila kita berkunjung ke rumah kaum Salako yang masih mengamalkal 'rukun adat asal', pasti kita akan terlihat benda-benda yang seperti ini, yang lazimnya tergantung di sebelah atas sudut pintu ataupun jendela. Mungkin ada yang tertanya, apakah ini?

Untuk generasi muda kaum Salako seperti saya,mungkin tiada yang mampu menjawab dengan tepat soalan ini. Dari pemahaman saya, 'ramey' ini adalah tempat untuk menyimpan barang barang yang berkaitan dengan keagamaan, 'pangaroh' (ilmu atau benda yang memberikan kesaktin kepada si pemakai), 'sakang'(ubat atau pendinding diri,rumah dan keluarga dari sebarang bentuk ancaman ilmu hitam ataupun racun seperti santau), wapama ramey (tangkai padi yang pertama di petik, dan di ambil pulang,simbolik untuk membawa 'Dewa Padi' yang di panggil 'Nek Uban' kembali ke rumah pada waktu 'Gawe Ngarangtika'. Tangkai padi itu kemudiannya di gantungkan di situ, dan ritual ini akan berulang untuk setiap tahun),parang pesaka keturunan, yang lazimnya di sebut 'Jampol', yang seakan sama bentuk dengan Parang Ilang bagi kaum Iban. Pada masa dahulu,adakalanya tengkorak manusia yang diperolehi waktu 'Kayo' (memburu kepala) juga di gantungkan di situ, namun sudah jarang di amalkan lagi sekarang, berubah mengikut peredaran zaman. Benda benda lain yang mungkin kita lihat adalah Daukng Bintawak' (sejenis kayu yang seakan akan menyerupai pokok Terap.Saya tidak berapa pasti akan fungsinya daun ini.), 'Bararatn Panseko' (akar yang berbelit belit,yang selalunya bahagian hujung bertemu kembali ke pangkal, puntung kayu api yang sebesar batang rokok dan berbagai benda pelik yang jarang di temui.

Mungkin suatu masa nanti,saya akan menghuraikan dengan lebih tepat lagi tentang 'ramey' ini. Setakat ini, apa yang saya huraikan adalah dari apa yang saya ketahui dan dengar dari warga tua di kampung saya, yang mana sumber yang seringkali bercanggah dengan sesetengah warga tua di tempat lain. Andai ada sebarang komen, sila tinggalkan di ruang komen sebelah kanan di bawah.

No comments: