March 25, 2011

Cara penanaman biasa Lada Hitam(sarawak's black pepper)

Semaian Benih dari batang yang di cantas dari gambar 3.Apabila ia mula berakar dan pucuk baru telah tumbuh,ia akan dipindahkan ke kawasan kebun,seperti dalam gambar 2 di bawah..
(2)
semaian di tanam pada tiang sokongan(biasanya kayu Belian),ditutupi dengan daun Resam sabagai naungan dari panas matahari...
Pokok yang telah berusia antara 6-8 bulan,sedia untuk di 'potong' dan di jadikan benih seperti dalam gambar (1).Tujuan utama ia di potong adalah agar pokok lebih banyak mengeluarkan dahan dan lebih produktif..
Gambar Lada yang telah di 'potong' yang mula mengeluarkan pucuk baru.Selalunya,3-4 pucuk saja yang di dibiarkan naik.Terlalu banyak pucuk akan menyukarkannya untuk di ikat ,berserabut dan gelap.Keadaan ini akan mudah di serang kulat dan serangga perosak.
Pucuk yang naik akan di ikat menggunakan sejenis tali khas yang di perbuat dari kulit kayu.Tali Rafia juga boleh di gunakan..
Setelah 8 bulan lepas di 'potong',pokok lada telah cukup matang utk mula mengeluarkan hasil dan di baja dengan baja buah NPK 12-12-17-2.

2 comments:

Anonymous said...

saya adalah perminat lada hitam dan ingin belajar cara menanamnya.kalau encik oyal tak keberatan saya ingin melawat dan tengok sendiri pergi ke kebun lada hitam encik oyal

baj-antubuyu said...

Apakah Baja paling sesuai untuk lada hitam masih mudah? Umur kurang daripada 2 tahun.

Apakah racun paling sesuai untuk membunuh rumput? Bilakah masa (bulan) paling sesuai untuk memasang bunga bagi pembuahan?

terima kasih.