April 01, 2011

Bontokng.

Bontokng adalah sejenis makanan tradisi bagi Kaum Salako.Lazimnya Bontokng di buat sempena Gawe Ngarangtika,makan beras padi baru.Bontokng di buat dari beras padi yang baru di tuai dan di bungkus dengan sejenis daun khas iaitu 'Daun Minyak',seperti dalam gambar di bawah..

Setelah di bungkus,Bontokng itu akan di susun dalam buluh besar yang di sebut 'Pokokng' dan kemudiannya di bakar seperti dalam gambar di atas..
Inilah gambar Bontokng yang telah masak.Selalunya ia di hidangkan bersama lauk,yang selalunya jenis pekasam dan sambal,seperti dalam gambar di bawah.

March 25, 2011

Cara penanaman biasa Lada Hitam(sarawak's black pepper)

Semaian Benih dari batang yang di cantas dari gambar 3.Apabila ia mula berakar dan pucuk baru telah tumbuh,ia akan dipindahkan ke kawasan kebun,seperti dalam gambar 2 di bawah..
(2)
semaian di tanam pada tiang sokongan(biasanya kayu Belian),ditutupi dengan daun Resam sabagai naungan dari panas matahari...
Pokok yang telah berusia antara 6-8 bulan,sedia untuk di 'potong' dan di jadikan benih seperti dalam gambar (1).Tujuan utama ia di potong adalah agar pokok lebih banyak mengeluarkan dahan dan lebih produktif..
Gambar Lada yang telah di 'potong' yang mula mengeluarkan pucuk baru.Selalunya,3-4 pucuk saja yang di dibiarkan naik.Terlalu banyak pucuk akan menyukarkannya untuk di ikat ,berserabut dan gelap.Keadaan ini akan mudah di serang kulat dan serangga perosak.
Pucuk yang naik akan di ikat menggunakan sejenis tali khas yang di perbuat dari kulit kayu.Tali Rafia juga boleh di gunakan..
Setelah 8 bulan lepas di 'potong',pokok lada telah cukup matang utk mula mengeluarkan hasil dan di baja dengan baja buah NPK 12-12-17-2.

March 08, 2011

Kasuwi(Harimau Dahan)

Satu satunya spesis harimau yang masih terdapat di hutan pedalaman borneo.

January 27, 2011

Exotic Food 2.Sawa Ripong(Python)

Mun nanang an nyian,carat ugak rasaey..
Mun di tanang an asaley nyian,bapikir dua kaey auk..hehehe..