December 15, 2009

CHRISTMAS CAROLS DI SARAYAN DAYA

Pada 13 Disember yang lepas,kami umat Kristian Anglican chapel St. Luke telah mengadakan aktiviti carolling di Kampung Serayan Hulu dan Kampung Keranji. Carolling ini merupakan acara tahunan bagi umat Kristian Anglican, iaitu upacara sembahyang dari rumah ke rumah oleh para caroller, yang lazimnya di sertai oleh sekumpulan kanak-kanak, di ketuai oleh dua atau tiga orang lay reader. Untuk chapel kami, memandangkan umatnya ramai, para caroller di bahagikan kepada dua kumpulan, untuk menyingkatkan masa. Kami memulakan carolling pada jam 3 petang.

Sesudah selesai karolling dari rumah ke rumah kira-kira pada jam 6.30 petang, kami berkumpul di chapel, menyanyikan lagu-lagu rohani. Antara lagu yang paling sinonim adalah 'Malam Kudus'.

Sesudah menyanyikan beberapa buah lagu rohani,kami akan berkumpul di luar Chapel, untuk makan beramai-ramai. Setiap keluarga membawa makanan masing-masing untuk di nikmati bersama-sama dengan umat yang lain. Bagi saya,ini adalah satu cara yang baik untuk mengeratkan perhubungan di antara sesama umat.

Kita makannn! Jarang sekali kita mendapat peluang untuk menjamu selera dengan hidangan dari berpuluh jenis menu lauk dan nasi, membuatkan saya sampai dua kali tambah nasi... hehehe.

Kami bersurai pada jam 8 malam.

No comments: