March 24, 2010

'Ramey'..


Bila kita berkunjung ke rumah kaum Salako yang masih mengamalkal 'rukun adat asal', pasti kita akan terlihat benda-benda yang seperti ini, yang lazimnya tergantung di sebelah atas sudut pintu ataupun jendela. Mungkin ada yang tertanya, apakah ini?

Untuk generasi muda kaum Salako seperti saya,mungkin tiada yang mampu menjawab dengan tepat soalan ini. Dari pemahaman saya, 'ramey' ini adalah tempat untuk menyimpan barang barang yang berkaitan dengan keagamaan, 'pangaroh' (ilmu atau benda yang memberikan kesaktin kepada si pemakai), 'sakang'(ubat atau pendinding diri,rumah dan keluarga dari sebarang bentuk ancaman ilmu hitam ataupun racun seperti santau), wapama ramey (tangkai padi yang pertama di petik, dan di ambil pulang,simbolik untuk membawa 'Dewa Padi' yang di panggil 'Nek Uban' kembali ke rumah pada waktu 'Gawe Ngarangtika'. Tangkai padi itu kemudiannya di gantungkan di situ, dan ritual ini akan berulang untuk setiap tahun),parang pesaka keturunan, yang lazimnya di sebut 'Jampol', yang seakan sama bentuk dengan Parang Ilang bagi kaum Iban. Pada masa dahulu,adakalanya tengkorak manusia yang diperolehi waktu 'Kayo' (memburu kepala) juga di gantungkan di situ, namun sudah jarang di amalkan lagi sekarang, berubah mengikut peredaran zaman. Benda benda lain yang mungkin kita lihat adalah Daukng Bintawak' (sejenis kayu yang seakan akan menyerupai pokok Terap.Saya tidak berapa pasti akan fungsinya daun ini.), 'Bararatn Panseko' (akar yang berbelit belit,yang selalunya bahagian hujung bertemu kembali ke pangkal, puntung kayu api yang sebesar batang rokok dan berbagai benda pelik yang jarang di temui.

Mungkin suatu masa nanti,saya akan menghuraikan dengan lebih tepat lagi tentang 'ramey' ini. Setakat ini, apa yang saya huraikan adalah dari apa yang saya ketahui dan dengar dari warga tua di kampung saya, yang mana sumber yang seringkali bercanggah dengan sesetengah warga tua di tempat lain. Andai ada sebarang komen, sila tinggalkan di ruang komen sebelah kanan di bawah.

March 10, 2010

Baganakng (Bergendang)

Bergendang merupakan satu bentuk hiburan yang popular zaman dulu. Lazimnya, acara bergendang ini diadakan untuk hiburan bagi kenduri kahwin, di mana para tetamu akan menari (joget lambak), mengikut rentak paluan gong dan bunyi rebana. Seorang atau kadang-kadang dua orang 'Seh' akan mendendangkan pantun yang selalunya bertemakan cinta,perasaan,gurauan dan sindiran, ditujukan buat pengantin dan para tetamu yang menari. Acara bergendang ini dimulakan bila menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Acara ini akan di hentikan untuk memberi ruang upacara perkahwinan di jalankan. Apabila selesai, dan para tetamu telah menjamu selera, acara bergendang ini akan di sambung semula sampai ke malam.

Tidak di ketahui dengan jelas sama ada acara bergendang ini merupakan acara tradisi kaum Salako atau pun bukan, namun ada sumber menyatakan ia adalah 'pinjaman' dari kebudayaan kaum Melayu. Ini mungkin benar kerana dari apa yang saya tahu, kebanyakan pantun-pantun yang didendangkan adalah dalam dialek bahasa Melayu Sarawak, umpanya untuk rangkap terakhir pantun menyambut pengantin berbunyi begini '..kamek menyambut pengantin baru..'.

Tidak dinafikan,pantun dalam bahasa Salako memang wujud juga seperti '..ketak keto ketak buriak..', namun selalunya jarang didendangkan untuk mengiringi acara bergendang ini.

Kini acara bergendang ini sudah jarang di adakan untuk hiburan, ditenggelamkan oleh kewujudan alat alat muzik elektronik audio visual yang lebih mudah di guna dan di adakan, selain dari persembahan 'live band' yang kian menjadi popular masa kini.

March 01, 2010

Antara anyam-anyaman kaum Salako.

Konsek... selalunya di gunakan untuk memuatkan padi.

Dubang... Juga selalunya di gunakan untuk memuatkan padi,dan adakalanya untuk memuatkan lada hitam

Inge.. Yang ini,juga digunakan untuk memuatkan padi.

Dubang kecil.

Bangkat*... Lazimnya di gunakan untuk memuatkan kayu api,buah-buahan dan sebagainya. Ia diperbuat dari rotan dan selalunya bahagian yang di galas di lapisi dengan pelepah nibung, untuk perlindungan dari duri dan getah buah-buahan yang di muatkan.
*pembetulan:Maaf,ini adalah gambar bubu,bukannya bangkat.