Bergendang merupakan satu bentuk hiburan yang popular zaman dulu. Lazimnya, acara bergendang ini diadakan untuk hiburan bagi kenduri kahwin, di mana para tetamu akan menari (joget lambak), mengikut rentak paluan gong dan bunyi rebana. Seorang atau kadang-kadang dua orang 'Seh' akan mendendangkan pantun yang selalunya bertemakan cinta,perasaan,gurauan dan sindiran, ditujukan buat pengantin dan para tetamu yang menari. Acara bergendang ini dimulakan bila menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Acara ini akan di hentikan untuk memberi ruang upacara perkahwinan di jalankan. Apabila selesai, dan para tetamu telah menjamu selera, acara bergendang ini akan di sambung semula sampai ke malam.
Tidak di ketahui dengan jelas sama ada acara bergendang ini merupakan acara tradisi kaum Salako atau pun bukan, namun ada sumber menyatakan ia adalah 'pinjaman' dari kebudayaan kaum Melayu. Ini mungkin benar kerana dari apa yang saya tahu, kebanyakan pantun-pantun yang didendangkan adalah dalam dialek bahasa Melayu Sarawak, umpanya untuk rangkap terakhir pantun menyambut pengantin berbunyi begini '..kamek menyambut pengantin baru..'.
Tidak dinafikan,pantun dalam bahasa Salako memang wujud juga seperti '..ketak keto ketak buriak..', namun selalunya jarang didendangkan untuk mengiringi acara bergendang ini.
Kini acara bergendang ini sudah jarang di adakan untuk hiburan, ditenggelamkan oleh kewujudan alat alat muzik elektronik audio visual yang lebih mudah di guna dan di adakan, selain dari persembahan 'live band' yang kian menjadi popular masa kini.
No comments:
Post a Comment